Amalan
mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana
menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah
kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan
kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
Jadi
amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang
melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana
Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah
ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga
dikatakan pencerap
tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur
bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga
matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”
Amalan
mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat
menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah
mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala
atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan
Allah SWT.
Jadi
amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang di lakukan
ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat
Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu
perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi
biasa yang di lakukan setiap hari.
Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
Amalan
mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan
pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun
ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.
Sebagai kesimpulanya, setiap perkara itu haruslah dilakaukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.
“Islam memberi arah dan jalan, Muslim
mengorak langkah di jalan”
Melakukan mandi
bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya
kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Jadi amalan ini
sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang
melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah
SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini
dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
Amalan mandi
bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi
bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi bunga adalah amalan turun-temurun
masyarakat di Nusantara dalam proses utk menyebatikan pati tumbuhan dgn tubuh
agar diri merasa segar sentiasa..
Antara jenis bunga yang digunakan ialah:
Mawar merah -
membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Cempaka putih -
melembut dan mewangikan badan.
Melur putih dan
kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga -
menaikkan seri dan senang didekati.
![]() |
bunga mawar merah |
![]() |
bunga melur |
bunga harum sundal malam |
![]() |
Bunga kenanga |
![]() |
bunga cempaka putih |
![]() |
bunga kesidang |
![]() |
bunga tanjung |
Gabungan antara
molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam
mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.
Kajian warna pada
kelopak bunga juga amat menarik.Warna kelopak bunga yang terhasil adalah bergantung
kepada penyusunan molekul yang terhasil secara semula jadi dan ia mempunyai
sifat tersendiri dalam pembentukan kadar asid dan alkali. Sedikit perbezaan
pada penyusunan molekul kelopak bunga akan menghasilkan kelopak yang berbeza.
Jika dipetik dan
dihimpunkan sebanyak tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan dapat dilihat
perbezaan dan aura bunga itu ketika direndam dalam baldi mengandungi air sejuk,
ia akan menjadi satu corak pelangi yang tidak dapat dilihat dalam air secara
mata kasar,namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat
dilihat. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.
Kajian
sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling
baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan
kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan
diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang
kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk.
Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah
air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang
sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ
dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa
gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon
dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan
perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.
Oleh itu , amalan ini mestilah ditolak seratus peratus sebagai penolak bala, mempercepatkan jodoh , pemberi nasib baik, dan lain-lain. Yang nyata tiada asas sama sekali, perbetulkan niat kita ketika melakukannya dengan niat hanya bagi tujuan menyihat dan menyegarkan badan , menyerikan muka seperti serinya bunga, menceriakan hati seperti cerianya hati kita bila melihat kecantikan bunga-bungaan. Apabila diri kita sihat dan segar, ditambah dengan aura bunga, secara tidak langsung diri kita akan lebih ceria , lebih berkeyakinan untuk menghadapi masyarakat di luar sana. InsyaAllah.........
Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan dan asalkan niat itu baik.
Kepada anda yang ingin melanggan buku mandi bunga kaedah saintifik, saya menawarkan harga promosi RM49.90 Di dalam buku tersebut saya akan terangkan satu persatu secara terperinci bagaimana anda hendak melakukan mandi bunga dengan sendiri di rumah. Di samping cara mandi, saya juga akan mengajar anda untuk membuat jamu kesihatan yang anda boleh jadikan minumam harian. Buku ini adalah keluaran eksklusif yang tidak terdapat di luar. Penerimaan buku adalah dalam masa 7 hari bekerja.
Pembayaran boleh dilakukan secara online ke akaun : -
MAYBANK
164490251450
WAN AMIRA BT WAN SUFIAN
CIMB
09020144264529
WAN AMIRA BT WAN SUFIAN
Setelah membuat pembayaran, sila sms/whatsapp bukti bayaran ke talian :
WAN AMIRA ( 016-2569733 )
Sebarang pertanyaan , sila hubungi :
KAK MIM ( 014-6428449 )