siram ratu

siram ratu

Thursday, 24 April 2014

Aura Mandi Bunga

            Amalan mandi bunga tidak mempunyai nas, dalil ataupun hadis yang sahih dalam islam. Apa yang dikhuatiri, masyarakat islam pada hari ini menjadi syirik kerana kurang mengetahui kaedah sebenar amalan mandi bunga dan mungkin menganggap ianya sebahagian dari amalan dalam islam. Masyarakat umumnya percaya untuk mandi bunga kita hanya boleh melakukannya dengan pergi berjumpa 'bomoh' untuk membaca serapah jampi atau mentara yang sememangnya bertentangan dengan akidah. Di sini lah berlakunya salah faham kerana seseorang individu itu menganggap amalan mandi bunga turut berada dalam amalan teras islam seperti mandi junub , mandi sunat hari jumaat , mandi sunat raya dan sebagainya. Amalan mandi bunga ini tampak islamik dengan suntikan dari pihak yang yang tidak bertanggungjawab dan memesongkan akidah seseorang. Mentaliti ini mesti diubah bagi membendung umat islam terus menjadi syirik serta terus mengamalkan amalan mandi bunga dengan cara yang benar-benar bertentangan dengan akidah.


        Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

          Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap 
tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur  bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga  matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”


         Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.
Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang di lakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.

         Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya. 

        Sebagai kesimpulanya, setiap perkara itu haruslah dilakaukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.

“Islam memberi arah dan jalan, Muslim mengorak langkah di jalan”

      Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
       
       Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi bunga adalah amalan turun-temurun masyarakat di Nusantara dalam proses utk menyebatikan pati tumbuhan dgn tubuh agar diri merasa segar sentiasa..

Antara jenis bunga yang digunakan ialah:

Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.

bunga mawar merah
bunga melur
bunga harum sundal malam

Bunga kenanga

bunga cempaka putih
bunga kesidang
bunga tanjung

      Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

         Kajian warna pada kelopak bunga juga amat menarik.Warna kelopak bunga yang terhasil adalah bergantung kepada penyusunan molekul yang terhasil secara semula jadi dan ia mempunyai sifat tersendiri dalam pembentukan kadar asid dan alkali. Sedikit perbezaan pada penyusunan molekul kelopak bunga akan menghasilkan kelopak yang berbeza.

       Jika dipetik dan dihimpunkan sebanyak tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan dapat dilihat perbezaan dan aura bunga itu ketika direndam dalam baldi mengandungi air sejuk, ia akan menjadi satu corak pelangi yang tidak dapat dilihat dalam air secara mata kasar,namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat dilihat. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.

        Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.

           Oleh itu , amalan ini mestilah ditolak seratus peratus sebagai penolak bala, mempercepatkan jodoh , pemberi nasib baik, dan lain-lain. Yang nyata tiada asas sama sekali, perbetulkan niat kita ketika melakukannya dengan niat hanya bagi tujuan menyihat dan menyegarkan badan , menyerikan muka seperti serinya bunga, menceriakan hati seperti cerianya hati kita bila melihat kecantikan bunga-bungaan. Apabila diri kita sihat dan segar, ditambah dengan aura bunga, secara tidak langsung diri kita akan lebih ceria , lebih berkeyakinan untuk menghadapi masyarakat di luar sana. InsyaAllah.........

           Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan dan asalkan niat itu baik.

           Kepada anda yang ingin melanggan buku mandi bunga kaedah saintifik, saya menawarkan harga promosi RM49.90 Di dalam buku tersebut saya akan terangkan satu persatu secara terperinci bagaimana anda hendak melakukan mandi bunga dengan sendiri di rumah. Di samping cara mandi, saya juga akan mengajar anda untuk membuat jamu kesihatan yang anda boleh jadikan minumam harian. Buku ini adalah keluaran eksklusif yang tidak terdapat di luar. Penerimaan buku adalah dalam masa 7 hari bekerja.




         Pembayaran boleh dilakukan secara online ke akaun : -

         MAYBANK
         164490251450
          WAN AMIRA BT WAN SUFIAN

          CIMB
          09020144264529
          WAN AMIRA BT WAN SUFIAN

Setelah membuat pembayaran, sila sms/whatsapp bukti bayaran ke talian : 
   
 WAN AMIRA ( 016-2569733 )

Sebarang pertanyaan , sila hubungi :

KAK MIM ( 014-6428449 )